ADVERTISE HERE
KUCHING, 17 Sept: Kerja-kerja naik taraf Stadium Sarawak menunjukkan perkembangan menggalakkan apabila kemajuan projek kini mencapai 33.65 peratus, melepasi sasaran asal sebanyak 30.79 peratus.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kemajuan tersebut menunjukkan projek berkenaan kini berada di hadapan jadual yang ditetapkan.
“Sekarang kemajuan sebenar adalah 33.65 peratus, berbanding 30.79 peratus yang dirancang. Ini bermakna kita mendahului jadual sebanyak 2.86 peratus.
“Perkara yang baik ialah kita dimaklumkan kontraktor sudah mempunyai perkara-perkara yang diperlukan di sini, termasuk aluminium, fasad bangunan dan juga bahagian dalaman ini adalah satu perkembangan yang sangat menggalakkan” katanya ketika sidang media Kemajuan Projek dan Lawatan Tapak Projek Naiktaraf Stadium Sarawak di Kuching pada Khamis.

2 hours ago
7








English (US) ·