[VIDEO] Lelaki Luluh Hati Sampai Tak Kuat Masa Kerja Dapat Panggilan Ibunya Dah Nazak

4 months ago 52
ADVERTISE HERE

Ya Allah, kesian tengok. Semoga dia kuat hadapi ujian ini.

Cover image via @ebytaksalah (X)

Kehilangan orang tersayang sudah tentu amat menyedihkan dan membuatkan kita hilang arah

Terutamanya kehilangan ibu bapa yang paling kita sayang, memang akan rasa dunia berhenti dan tiada lagi tempat untuk bergantung harap.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang lelaki menerima berita buruk di tempat kerjanya. 

Biarkan phone dicas sebab sibuk bekerja, tak sangka ada yang call berulang kali

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki pergi ke bilik stor untuk melihat telefonnya kerana banyak panggilan masuk. 

Difahamkan, dia tidak menjawab panggilan itu kerana sibuk bekerja. Namun, semasa dia cuba membuat panggilan semula kepada ahli keluarganya, dia kelihatan tak kuat dan terduduk smabil menangis. 

Rupa-rupanya, ibu tersayangnya telah meninggal dunia. Disebabkan tidak kuat untuk bercakap dengan managernya, dia memohon untuk mengambil emergency leave kepada supervisornya yang berada di situ juga dan terus pulang ke rumah. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Ketakutan terbesar semua orang ialah kehilangan orang paling kita sayang iaitu mak kita, salam takziah lelagi bila dah jadi anak perantau & sedih tu Tuhan je tahu.: ebytaksalah pic.twitter.com/iOumSxRoh7

— ًِ (@bckupacc99) July 11, 2024

Allahu, sebaknya. Semoga ini menjadi peringatan supaya kita sentiasa peka dengan telefon.

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in:

Read Entire Article