2,403 Jualan Rahmah MADANI dilaksana di Sarawak hingga Ogos

1 hour ago 6
ADVERTISE HERE

KOTA SAMARAHAN, 16 Sept: Sebanyak 2,403 siri Jualan Rahmah MADANI (PJRM) telah dilaksanakan di seluruh Sarawak bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2026, menunjukkan peningkatan akses rakyat kepada barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, PJRM menawarkan barangan keperluan harian pada harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

Menurutnya, pelaksanaan program itu di Sarawak terus meningkat daripada 736 siri pada 2023 kepada 1,148 siri pada 2024, sebelum mencapai 2,584 siri pada 2025.

Bagi Parlimen Kota Samarahan pula, sebanyak 86 siri PJRM telah dilaksanakan dalam tempoh sama, dengan 28 siri direkodkan di DUN Stakan.

Peningkatan itu, katanya, didorong sambutan menggalakkan masyarakat selain penambahbaikan pelaksanaan program dari tahun ke tahun.

“Bermula tahun 2024, PJRM telah diinstitusikan sebagai program tetap Kerajaan dengan menetapkan peruntukan khusus di bawah agenda Payung Rahmah dalam belanjawan tahunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Sentuhan Kasih dan Jualan Rahmah MADANI  di pekarangan Gereja St. Francis di sini sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-63, hari ini.

Armizan berkata, kekerapan pelaksanaan PJRM ditetapkan sekurang-kurangnya tiga kali sebulan di 600 kawasan DUN seluruh negara, selain 40 zon di Wilayah Persekutuan.

Katanya, pelaksanaan program turut merangkumi jualan di dalam dan luar premis serta PJRM bergerak, termasuk penganjuran bertemakan musim perayaan dan cuti persekolahan.

Sejak 2025, Takwim PJRM turut diperkenalkan bagi membolehkan orang ramai menyemak lebih awal tarikh, masa dan lokasi program menerusi laman sesawang rasmi PJRM.

Read Entire Article