Abang Johari selesai menunaikan ibadah umrah

5 hours ago 7
ADVERTISE HERE

KUCHING, 18 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan kini berada di tanah suci Mekah selepas selesai menunaikan ibadah umrah.

Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi TVS sebentar tadi.

Perkembangan berkenaan turut dikongsikan menerusi hantaran di platform Threads dan Facebook, yang turut memaklumkan beliau kini berada di tanah suci bersama rombongan.

Hantaran tersebut turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Sarawak yang mendoakan kesejahteraan Abang Johari sepanjang berada di tanah suci.

Terdahulu, keberangkatan Abang Johari turut diiringi Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya, menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Difahamkan beliau bersama rombongan dijangka kembali ke Kuching pada Selasa depan. – TVS

Read Entire Article