Awang Tengah terima kunjungan hormat Pengarah Pengurusan PDRM

7 hours ago 10
ADVERTISE HERE

KUCHING, 18 Sept: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah di sini, hari ini.

Kunjungan itu diadakan menjelang perpindahan Mohamad Zainal ke Bukit Aman susulan pelantikannya ke jawatan baharu itu, baru-baru ini.

Pelantikan beliau diumumkan PDRM pada 15 September lalu, menggantikan Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Mohamad Zainal menerajui Kontinjen Polis Sarawak sejak 26 September 2025 selepas menggantikan Dato Mancha Ata yang bersara.

Sepanjang menerajui PDRM Sarawak, beliau menjalinkan kerjasama rapat dengan kepimpinan negeri khususnya dalam aspek keselamatan, jenayah serta peningkatan kemudahan kepolisan di Sarawak.

Read Entire Article