Azfar Heri Nak Jumpa Aaron Chia Lepas Ramai Kata Muka Sama - "Patutlah Macam Familiar"

2 months ago 27
ADVERTISE HERE

Kalau Azfar potong rambut serius sama!

Cover image via @Azfarheri (X)

Baru-baru ini, pempengaruh Azfar Heri telah memuat naik satu ciapan di laman X mengenai dirinya yang dikatakan mirip pemain badminton beregu negara, Aaron Chia

Gara-gara ramai yang mengatakan wajah Azfar sama seperti Aaron Chia, dia terpanggil untuk menyatakan hasratnya ingin berjumpa dengan kontinjen Malaysia itu.

Aku nak jumpa la Aaron Chia sekali, nak ambik gambar

— Azfar Heri (@Azfarheri) August 4, 2024

Tinjauan komen di ruangan X mendapati rata-rata netizen menyokong Azfar berjumpa dengan Aaron

Malah, ada yang meminta Azfar memeluk Aaron dan mewakili rakyat Malaysia untuk mengucapkan terima kasih kerana berjaya mengharumkan nama negara dengan membawa pingat gangsa dalam pertandingan Olimpik baru-baru ini.

Bukan itu saja, ada juga yang meminta Azfar untuk memotong rambut pendek supaya kelihatan lebih mirip dengan Aaron.

Tak sabar nak tengok mereka berdua selfie sekali. Kasi jadilah Azfar! :D

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read Entire Article