Keselamatan jadi keutamaan operasi STOLport Bebuling

3 hours ago 9
ADVERTISE HERE

SPAOH, 18 Sept: Aspek keselamatan menjadi keutamaan dalam memastikan kelancaran operasi penerbangan di Lapangan Terbang Bebuling (STOLport) di Spaoh, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, perbincangan bersama pihak berwajib dilaksanakan hari ini bagi memperincikan langkah keselamatan serta persediaan sebelum operasi penerbangan dilaksanakan sepenuhnya.

“Sebab itu hari ini selepas kita bergerak balik, mereka akan berbincang tentang langkah-langkah keselamatan yang diambil termasuk penyediaan langkah-langkah yang diambil di sini.

“Kemudian selepas itu, mereka akan memberi kita lesen kekal dan terdapat satu set peraturan atau set SOP yang telah ditetapkan tentang cara memastikan lapangan terbang itu selamat,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksikan ujian pendaratan penerbangan yang pertama di Lapangan Terbang Bebuling (STOLport) di Spaoh hari ini.

Menurutnya, satu set peraturan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) telah ditetapkan bagi memastikan aspek keselamatan di lapangan terbang berkenaan sentiasa dipatuhi.

Tambahnya, kewujudan Stesen Bomba di kawasan Bebuling STOLport bukan sahaja penting bagi memastikan keselamatan fasiliti berkenaan, malah berpotensi memberikan perkhidmatan pemadaman kebakaran dan bantuan kecemasan kepada kawasan berhampiran sekiranya diperlukan.

Ujarnya lagi, perbincangan bersama pihak lapangan terbang akan dilaksanakan bagi memastikan kemudahan serta kekuatan pasukan bomba itu dapat dimanfaatkan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

“Bagi kami semua, Datuk Gerald, Datuk Richard saya sendiri dan Datuk Razi, kami sangat gembira kerana kami tidak perlu memohon stesen bomba lagi.

“Kami akan berbincang dengan pihak berkuasa lapangan terbang di sini bahawa jika ada keperluan untuk perkhidmatan bomba, mereka mungkin pada masa itu boleh membantu supaya ianya mampu menjadi manfaat tambahan untuk warga kita di sini,” jelasnya. -TVS

Read Entire Article