Kesiapsiagaan hadapi bencana iklim rentas sempadan diperkasa

3 hours ago 7
ADVERTISE HERE

KUCHING, 18 Sept: Kesiapsiagaan menghadapi bencana berkaitan perubahan iklim perlu terus diperkasa susulan ancaman yang semakin bersifat rentas sempadan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, fenomena seperti jerebu rentas sempadan dan kemarau memerlukan perhatian serius dalam usaha memperkukuh pengurusan bencana.

Menurut beliau, perubahan corak cuaca dan peningkatan risiko akibat perubahan iklim turut menuntut kerjasama lebih menyeluruh antara agensi serta negara.

“Seperti yang kita sedia maklum, bencana pada masa kini tidak mengenal sempadan. Perkara ini sememangnya benar. Antara kejadian yang berkaitan dengan perubahan iklim ialah jerebu rentas sempadan.

“Bukan sahaja jerebu rentas sempadan, malah jerebu merupakan perkara yang sedang diketahui umum pada ketika ini. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa kemarau juga merupakan salah satu kesan berkaitan perubahan iklim,” katanya ketika berucap pada majlis 9th International Research Conference of World Society of Disaster Nursing di Kuching, pada Jumaat.

Dr Sim menambah kemarau merupakan antara fenomena yang masih kurang disedari oleh sebahagian masyarakat meskipun kesannya boleh memberi implikasi besar terhadap pelbagai sektor.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana dengan mengambil kira perubahan corak cuaca dan peningkatan risiko akibat perubahan iklim.

“Pendekatan pengurusan bencana perlu terus diperkasa menerusi perkongsian kepakaran, teknologi serta kerjasama antara agensi dan negara, khususnya bagi menghadapi ancaman yang tidak terikat kepada sempadan geografi” ujarnya.-TVS

Read Entire Article