ADVERTISE HERE
MIRI, 18 Sept: Masyarakat digalak mendapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat keputusan berkaitan pemilikan rumah, sama ada untuk pembelian rumah pertama, menaik taraf kediaman atau pelaburan hartanah.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, pemahaman mengenai pilihan hartanah, produk kediaman dan kemudahan berkaitan penting bagi membolehkan masyarakat membuat keputusan berdasarkan keperluan dan kemampuan masing-masing.
Menurutnya, penglibatan pelbagai pemain industri termasuk pemaju, ejen hartanah, pembekal dan organisasi berkaitan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat secara terus daripada pihak berkenaan.
“Dengan pelbagai pemaju, ejen hartanah, pembekal dan peserta industri berkumpul, pengunjung boleh berkomunikasi secara terus dengan pihak berkaitan, memahami produk yang tersedia dan membuat keputusan yang lebih termaklum mengikut keperluan dan keadaan masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Miri SHEDA Home Property Roadshow 2026 di sini, hari ini.
Tambah beliau, penyertaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut memberi peluang kepada masyarakat memahami kemudahan dan pilihan yang tersedia bagi membantu perjalanan ke arah pemilikan rumah.
“Penyertaan KWSP memberi manfaat tambahan kepada orang ramai, khususnya mereka yang ingin memahami kemudahan dan pilihan yang mungkin dapat membantu mereka dalam perjalanan memiliki rumah,” katanya lagi.
Miri SHEDA Home Property Roadshow 2026 berlangsung selama empat hari bermula 17 hingga 20 September di Bintang Megamall Miri.
Sebanyak 14 booth pempamer disediakan dengan penyertaan pemain industri dari Miri, Bintulu, Samalaju dan Kuching, menawarkan pelbagai produk serta perkhidmatan berkaitan keperluan rumah dan hartanah. – TVS

3 hours ago
6








English (US) ·