Malaysia dan Indonesia perkukuh kerjasama tangani jerebu

1 hour ago 4
ADVERTISE HERE

KUCHING, 16 Sept: Malaysia dan Indonesia akan memperkukuh kerjasama bagi menangani kesan jerebu rentas sempadan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu antara isu yang dibincangkannya bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ketika kedua-dua pemimpin bertemu pada Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di New Delhi, India, baru-baru ini.

“Kita akan bekerjasama untuk mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Rasmi Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak di Bilik Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan isu jerebu akan dibincangkan dalam pertemuannya dengan Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka ketika lawatan ke Jakarta, esok.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Pengurusan Bencana Pusat di sini, hari ini.

Read Entire Article