ADVERTISE HERE
KUCHING, 16 Sept: Pembangunan Tanjung Embang sebagai hab rendah karbon dijangka menyuntik pelaburan keseluruhan sekitar RM100 bilion kepada ekonomi Sarawak dalam dekad akan datang, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, pembangunan itu akan disokong sebuah lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan laut dalam baharu, manakala Bintulu pula telah dipilih sebagai satu daripada 43 Transitioning Industrial Cluster (TIC) di seluruh dunia serta yang pertama di Malaysia di bawah kelolaan Forum Ekonomi Dunia.
“Tanjung Embang di Selatan direka bentuk untuk menjadi pintu masuk kepada jaringan ekonomi yang lebih luas sebagai sebuah hab rendah karbon,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam ini.
Abang Johari berkata, potensi Sarawak turut mendapat perhatian institusi pembangunan serantau termasuk Asian Development Bank (ADB), selain menyaksikan hubungan tenaga rentas sempadan menerusi bekalan elektrik ke Kalimantan, hubungan yang sedang diperkukuh dengan Sabah serta rancangan membekalkan elektrik kepada Brunei.
“Ini menunjukkan bahawa tenaga Sarawak mempunyai peranan yang semakin penting dalam pembangunan Borneo dan ASEAN,” ujarnya.
Justeru, beliau yakin kerjasama erat antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan mampu membawa negeri ini ke arah status wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030, sekali gus membolehkan Sarawak terus menyumbang kepada Malaysia yang lebih kuat serta ASEAN yang lebih bersepadu. – TVS

1 hour ago
6








English (US) ·