[VIDEO] Wajah Atlet USA Mirip Imran Bard, Netizen Sakat Ini Ke Sebab Nak Apply Visa

2 months ago 24
ADVERTISE HERE

Memang sama muka dia orang!

Cover image via @imeringue2 (TikTok)

Pernah dengar orang kata dalam dunia ini ada 7 orang yang muka sama dengan kita bukan?

Ramai kita lihat ada yang jumpa dengan orang wajah mirip dengan mereka. Sama seperti yang tular baru-baru ini, Azfar Heri disamakan dengan pemain badminton Aaron Chia. 

Rata-rata netizen bersetuju dengan wajah mereka yang mirip antara satu sama lain. 

Tular pula atlet Amerika Syarikat yang mirip wajah Imran Bard

Terdahulu, pernah tular pempengaruh Imran Bard meluahkan perasaan kesal kerana visanya ke Amerika Syarikat tidak diluluskan. 

Namun, baru-baru ini muncul pula seorang atlet Amerika Syarikat catwalk di trek dan wajahnya mirip persis Imran Bard. 

Netizen tak melepaskan peluang untuk menyakat Imran Bard.

"Oh ini ke sebab Imran apply visa?" tulis netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Memang sama, Imran dah jadi atlet guys!

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read Entire Article