25 individu ditahan dalam operasi imigresen di Kuching

1 hour ago 4
ADVERTISE HERE

KUCHING, 19 Sept: Seramai 25 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam operasi penguatkuasaan di sembilan lokasi sekitar Kuching dari Khamis hingga semalam.

Menurut JIM Sarawak, operasi menerusi Bahagian Penguatkuasa Kuching itu membabitkan Ops Selera, Ops Kutip dan Ops Sapu yang dijalankan hasil aduan awam serta risikan pihaknya.

Operasi bermula jam 8 malam hingga 4 pagi dengan menyasarkan premis kedai makan, kedai yang disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian, rumah pekerja, rumah dalam pembinaan dan bilik sewa.

Lokasi terbabit termasuk Jalan Tan Sri Datuk Amar Wee Boon Ping, Jalan Landeh, Jalan Setia Raja, Kampung Sungai Batu, Jalan Sultan Tengah dan Jalan Demak.

“Seramai 58 individu diperiksa dalam operasi berkenaan sebelum 25 daripadanya ditahan untuk tindakan lanjut.

“Selain itu, satu saman saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan imigresen yang dikesan,” menurut kenyataan itu.

JIM Sarawak berkata, kesalahan yang disyaki dilakukan membabitkan Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), serta Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara bersasar berdasarkan maklumat risikan dan aduan awam bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen,” katanya.

Read Entire Article