Abdul Halim hargai sokongan rakyat Sarawak

1 hour ago 7
ADVERTISE HERE

KUCHING, 17 Sept: Kejayaan Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi mencerminkan semangat kebersamaan dan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan acara peringkat kebangsaan itu berlangsung lancar.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah berkata, kejayaan tersebut turut didukung kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak serta semua pihak yang terlibat dalam penganjuran sambutan berkenaan.

“Bagi pihak Jawatankuasa Penganjuran Hari Malaysia 2026, saya dan pasukan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakannya,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Malaysia 2026 di BCCK, di sini, malam tadi.

Menurutnya, kelancaran perjalanan majlis termasuk dari aspek keselamatan, selain keadaan cuaca yang baik, turut menyumbang kepada kejayaan keseluruhan penganjuran sambutan bertemakan Malaysia MADANI itu.

“Pastinya dengan doa semua pihak, perjalanan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar, khususnya apabila keadaan cuaca juga mengizinkan, sekali gus memberikan suatu petanda yang sangat positif,” ujarnya.

Abdul Halim pada masa sama merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak yang hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan.-TVS

Read Entire Article