ADVERTISE HERE
KUCHING, 14 Sept: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengingatkan pengguna supaya memastikan grafik yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) memaparkan Jalur Gemilang dengan komponen tepat dan sempurna.
Beliau berkata, penggunaan aplikasi AI yang menghasilkan grafik tidak tepat boleh menjejaskan imej dan martabat bendera kebangsaan.
“Sekiranya anda menjana grafik terutama yang mempunyai gambar Jalur Gemilang, sila pastikan bucu bintang dan jalurnya cukup 14 jalur serta warnanya juga tidak berbeza,” katanya.
Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Pameran Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di sini, hari ini.
Menurutnya, pengguna juga perlu merujuk dasar dan panduan rasmi berkaitan penghasilan dan penggunaan Jalur Gemilang, selaras dengan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963.
Tambahnya, aduan berkaitan kesalahan penghasilan bendera kebangsaan boleh disalurkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
“Kementerian mengamalkan sikap yang lebih proaktif dengan mengingatkan orang ramai khususnya rakyat Malaysia supaya sentiasa berwaspada dalam memanfaatkan apa-apa aplikasi AI,” ujarnya.-TVS

1 day ago
11








English (US) ·