Hoo Boon Hui dilapor hilang sejak 12 Sept

9 hours ago 10
ADVERTISE HERE

KUCHING, 17 Sept: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 45 tahun yang dilaporkan hilang sejak 12 September lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William berkata, laporan kehilangan lelaki terbabit diterima Balai Polis Kota Sentosa kira-kira jam 3.28 petang semalam.

“Orang hilang dikenali sebagai Hoo Boon Hui, 45.Dia dilaporkan hilang sejak kira-kira jam 6 petang, 12 September 2026 dengan lokasi terakhirnya di Taman Phoenix, Jalan Batu Kawa, Kuching.

“Ketika kali terakhir dilihat, Hoo memakai baju-T berwarna coklat dan seluar pendek berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Hoo diminta menghubungi Ketua Polis Balai Kota Sentosa, ASP Rudy Garit Gingkoi Seman di talian 017-3978670.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis berhampiran. -TVS

Read Entire Article