ADVERTISE HERE
KUCHING, 17 Sept: Hospital Umum Sarawak (HUS) mencatat detik bersejarah apabila menerima penderma organ beragama Islam pertama pada 15 September lalu.
HUS menerusi hantaran di Facebook memaklumkan keputusan keluarga penderma untuk menyumbangkan organ dibuat dalam suasana penuh dukacita, namun mereka tetap menunjukkan kekuatan, keprihatinan dan kefahaman demi memberikan harapan serta peluang kehidupan kepada insan lain.
“Dalam suasana dukacita yang amat mendalam, keluarga penderma menunjukkan kekuatan, keprihatinan dan kefahaman yang luar biasa apabila memilih untuk memberikan harapan serta hadiah kehidupan kepada orang lain,” menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut HUS, Unit Perolehan Organ Hospital Umum Sarawak (UPOH HUS) turut membimbing dan memberikan sokongan kepada keluarga sepanjang proses pendermaan organ berkenaan.
“Bersama-sama Pusat Sumber Transplan Kebangsaan, pasukan bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi memastikan proses pendermaan dijalankan dengan penuh maruah, kepekaan dan penghormatan terhadap pegangan agama keluarga,” menurut kenyataan itu.
HUS turut merakamkan penghargaan kepada keluarga penderma atas keputusan penuh ihsan berkenaan yang memberikan peluang kepada penerima organ yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan.

11 hours ago
8








English (US) ·