Jabatan Hutan Sarawak anjur Hari Terbuka Eco Forest Kayangeran

55 minutes ago 10
ADVERTISE HERE

KUCHING, 15 Sept : Jabatan Hutan Sarawak bakal menganjurkan Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Eco Forest Kayangeran di Lawas pada 23 hingga 24 Oktober depan sebagai langkah menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar di peringkat akar umbi.

Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad berkata, program 2 hari itu dijangka turut disertai oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II.

Menurutnya, penganjuran program berkenaan dirangka khusus bagi memberi peluang kepada komuniti setempat mendekati alam semula jadi secara bersemuka dan interaktif.

“Ini adalah sebagai salah satu inisiatif yang dapat menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti berkaitan hutan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Program seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk mendekati alam semula jadi, malah dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hutan sebagai khazanah yang perlu dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Penghargaan Pesara 2026 Jabatan Hutan Sarawak di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai usaha mendampingi masyarakat, beliau memaklumkan jabatan berkenaan turut merancang penganjuran Hari Terbuka Sabal pada 6 hingga 7 November depan di Hutan Simpan Sabal, Simunjan bagi mengetengahkan konsep ‘Healing Forest’ serta ekopelancongan berasaskan komuniti.

“Justeru, program-program yang dilaksanakan membuktikan bahawa hutan bukan sekadar sumber semula jadi, tetapi turut berperanan
sebagai platform pembangunan komuniti, pendidikan, rekreasi, penyelidikan dan pemuliharaan,” tambahnya lagi. – TVS

Read Entire Article