Sarawak jamin kebajikan pengamal media sepanjang Sukma

3 months ago 18
ADVERTISE HERE
Abdullah ketika ditemui di Kuching.

Advertisement

KUCHING, 7 Ogos: Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa kebajikan pengamal media sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak ke 21 akan terjaga.

Menurut laporan TVS, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam) Datuk Abdullah Saidol berkata, pihaknya akan memastikan semua perkara yang diperlukan terutamanya kemudahan infrastruktur akan disediakan.

“Kita ingin pastikan jaringan internet dalam keadaan yang baik dan keselesaan semua warga media yang datang dari luar yang mengunjungi Sarawak terjamin,” katanya kepada pemberita selepas hadir perasmian Liga Pickleball Kuching di sini semalam.

Advertisement

Dalam pada itu, Abdullah memaklumkan pihaknya juga telah menerima maklum balas daripada pengamal media lain berkaitan cabaran yang mungkin dihadapi sepanjang membuat liputan kelak, termasuk isu logistik.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan akan menyuarakan perkara itu kepada Majlis Tertinggi.

“Walaupun UKAS hanya menguruskan pusat media, jika keadaan mendesak mungkin kita akan bawakan ke Majlis Tertinggi,” katanya.

Pada masa sama Abdullah berharap pengamal media yang datang dari luar agar dapat memberi fokus liputan acara sukan dan berkongsi keunikan di Sarawak. — DayakDaily

Read Entire Article