SOSMA boleh digunakan dalam kesalahan dadah serius

58 minutes ago 3
ADVERTISE HERE

KUCHING, 18 Sept: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) boleh digunakan terhadap kesalahan dadah tertentu yang dikategorikan sebagai jenayah serius, khususnya yang membabitkan kegiatan jenayah terancang.

Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman merangkap Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata bagaimanapun, penggunaannya tertakluk kepada jenis kesalahan yang disenaraikan di bawah akta berkenaan.

“Bukan semua kesalahan jenayah boleh dikenakan SOSMA kerana undang-undang itu mempunyai jadual yang menetapkan jenis kesalahan yang boleh dikenakan tindakan berkenaan,” katanya pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara kesalahan yang boleh tertakluk kepada SOSMA ialah kesalahan dadah tertentu yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau lebih.

Katanya, kesalahan yang tidak memenuhi syarat berkenaan tidak boleh dikenakan SOSMA, namun tindakan mengikut peruntukan undang-undang lain masih boleh diambil.

“Sekiranya terdapat keperluan untuk memasukkan kesalahan lain di bawah SOSMA, pindaan undang-undang perlu dibuat terlebih dahulu melalui proses di Parlimen,” katanya.

Read Entire Article