ADVERTISE HERE
SRI AMAN, 18 Sept: Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Persona dan sebuah lori Hino berhampiran simpang Lubok Antu di sini, hari ini.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, dalam kejadian kira-kira jam 1.35 tengah hari itu, mangsa wanita, Amelia Cornellius Ahkim, 33, merupakan penumpang hadapan Proton Persona dan tersepit di dalam kenderaan berkenaan.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong tiba di lokasi pada jam 2.04 petang dan mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan yang sedang dalam perjalanan dari arah Betong menghala ke Sri Aman.
“Pemandu lori, tidak mengalami kecederaan, manakala kelindannya mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM.
“Pemandu Proton Persona turut mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh pihak APM sebelum ketibaan pasukan bomba,” kata kenyataan itu.
Anggota bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan menggunakan peralatan menyelamat khas (Rescue Tools) dengan mengaplikasikan konsep SAVER.
Mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan KKM.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada jam 3.30 petang selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat. – TVS

51 minutes ago
3








English (US) ·