Permainan ini diinspirasikan oleh sejarah zaman dahulu di negeri Melaka.
Cover image via IGN Southeast Asia
Zaman dahulu, negeri Melaka terkenal dengan aktiviti maritim dan perdagangan serta menjadi destinasi tumpuan pedagang dari seluruh dunia seperti dari Timur Tengah, China dan India
Pelbagai produk khususnya rempah ratus, emas dan sutera yang dibawa dari serata tempat didagangkan di pelabuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang pernah memonopoli di situ ratusan tahun lalu.
Permainan mudah alih buatan Malaysia, Empayar: The Melaka Chronicles kini sudah boleh dimuat turun
Difahamkan, keagungan kerajaan Melaka telah menjadi inspirasi kepada penghasilan sebuah permainan mudah alih buatan Malaysia iaitu Empayar: The Melaka Chronicles.
Menurut Wiser.my. permainan itu berkonsepkan dunia terbuka dan genre RPG bernama Empayar: The Melaka Chronicle dibangunkan oleh Universe Interactive Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Illogical Sdn. Bhd., Studio Kembara dan Luncai Emas.
Permainan tersebut menawarkan pengalaman mirip seperti bermain Assassin's Creed dan peluang untuk meneroka Kota Melaka pada zaman emasnya.
Ia mengisahkan tentang Andika iaitu karakter utama yang merupakan seorang pahlawan yang bertanggungjawab menjaga keamanan Kota Melaka daripada ancaman dalam mahupun luar.
Apa yang menariknya, permainan yang dibuat oleh 100 peratus tenaga tempatan ini turut mendapatkan khidmat Dato' M. Nasir untuk lagu tema rasminya.
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: