Sarawak sedia sebagai hub aeroangkasa

3 months ago 37
ADVERTISE HERE
Awang Tengah dan Tengku Fazrul pada sidang media di Kuching.

Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING 29 Julai: Sarawak bersedia untuk menjadi hub industri aeroangkasa, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Menurut beliau, cadangan tersebut telah dikemukakan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) dan diterima baik oleh Kerajaan Sarawak.

Advertisement

“Ini satu cadangan bagus dan Sarawak memiliki banyak kelebihan serta lokasi strategik.

“Kita memiliki tenaga bersih yang ada potensi untuk dikembangkan bersama dan tenaga hijau ini boleh menarik pelabur.

“Sarawak juga merancang membina lapangan terbang baharu selain menaiktaraf lapangan terbang sedia ada,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian pada sidang media selesai Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di antara Kerajaan Sarawak dan MITI.

Hadir sama Menteri MITI Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Tengku Zafrul yakin Sarawak mampu memjadi hub aeroangkasa bagi rantau ini dengan pelbagai kelebihan.

Katanya, baru baru ini Sarawak telah membuat pengumumkan untuk mengeluarkan pakar dalam industri aeroangkasa yang terdiri daripada anak tempatan.

“Maka dari sudut kemahiran dalam bidang aeroangkasa memang ada.

“Ini disokong oleh lokasi strategik berhampiran dengan Nusantara, Korea, Jepun dan juga Australia.

“Ada pembangunan lapangan terbang baharu dan Sarawak memiliki syarikat penerbangan sendiri,” ujar Tengku Zafrul.

Selain hub aeroangkasa, MITI juga turut mencadangkan Sarawak sebagai hub semikonduktor. — DayakDaily

Read Entire Article